Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pertandingan Tiga Penjuru di PRK N36 Pelangai

By 23 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Radiah Rahim

BENTONG, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Pelangai menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan calon Bebas.

Datuk Amizar Abu Adam, 50, daripada Barisan Nasional (BN), calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat, 62, dan Haslihelmy DM Zulhasli, 36, bertanding atas tiket Bebas.

Ketiga-tiga calon merupakan anak tempatan dan bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Calon PN pernah bertanding di DUN Pelangai pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15 yang lalu, namun tewas kepada bekas penyandang kerusi itu Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai diumumkan kosong susulan penyandang kerusi itu Allahyarham Datuk Seri Johari antara 10 penumpang yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda