Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pesta Layang-Layang Wau Daerah Muar Bakal Menjadi Acara Tahunan

By 25 September 2023September 29th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shazreen Suradi

MUAR, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Pesta Layang-Layang Wau Daerah Muar akan dijadikan acara tahunan di daerah ini.

“Insya-Allah, kita akan jadikan pesta layang-layang ini sebagai acara tahunan dalam Kalendar Pelancongan Daerah Muar,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang Haji Selamat Takim, di sini semalam.

Dalam ucapannya lagi, beliau turut mengimbau kenangan beliau dan rakan-rakan sewaktu kecil bermain layang-layang sementara menunggu ibu bapa masing-masing menuai padi.

“Dari pagi hingga ke petang, bunyi seakan-akan gesekan biola kedengaran di ruangan udara selama empat hari ini,” katanya.

Seorang peserta dari Kampung Sarang Buaya Mohd Suhada Md Hairi, 30, berharap agar pesta ini diteruskan setiap tahun dan dijadikan ikon tarikan daerah Muar dalam sektor pelancongan.

“Saya sanggup berulang-alik ke Johor Bahru untuk mengambil layang-layang yang disimpan di sana,” katanya yang merupakan Ahli Kelab Pelayang Negeri Johor.

Pesta yang telah diadakan selama empat hari bermula 21 hingga 24 September itu menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan layang-layang tercantik antara mukim, pertandingan bola sepak D’Bendang, bengkel pembuatan layang-layang wau negeri Johor, pertandingan tarik Tali Bendang dan banyak lagi.

Turut hadir Pegawai Daerah Muar Haji Hasrin Kamal Hashim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar Jamil Hasni Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda