Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kerjaya Tentera Benteng Utama Pertahanan Negara – Mohamad

By 24 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Sam (Media Port Dickson)

PORT DICKSON, 24 Sep (Malaysiaaktif) – Latihan Perajurit Muda adalah untuk melatih dan melengkapkan diri dengan pengetahuan asas dan kemahiran ketenteraan sebelum diserapkan dalam pelbagai Kor dalam Tentera Darat (TD).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Haji Mohamad Hasan, berkata kerjaya ketenteraan bukanlah kerjaya yang sama seperti perkhidmatan awam lain.

“Kerjaya ini adalah benteng utama pertahanan negara dan merupakan jaminan kepada keselamatan negara,” katanya ketika sidang media selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 197/23 dan Wanita Siri 48/23 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), di sini semalam.

Ujarnya lagi, ketenteraan memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi dalam sebarang penugasan yang dilaksanakan berdasarkan kepada misi yang diamanahkan.

Mohamad turut menyatakan Kementerian Pertahanan membuka peluang kepada anggota untuk melanjutkan pelajaran dan yakin mereka ini akan membina kerjaya sebagai pegawai tentera setelah memperoleh ijazah pada masa akan datang.

Seramai 1,013 Perajurit Muda yang terdiri daripada 661 lelaki dan 352 wanita telah berjaya menamatkan latihan bagi pengambilan pada kali ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda