Laporan/foto: Radiah Rahim (Pahang)
KUANTAN, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri bagi menunjukkan semangat patriotisma kepada negara tercinta sempena Bulan Kebangsaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun.
Namun begitu, bagi Mohd Mustafa Abu Bakar, 62, seorang pesara anggota TUDM (Gabungan Handau_Paskau 181) ketika ditemui berkata, beliau telah menghias motorsikalnya dan membawa mengelilingi Bandar Kuantan sehingga ke Teluk Cempedak pada setiap hari.
“Saya memulakan aktiviti tersebut selama 18 hari, bermula pada 13 Ogos yang lalu hingga 31 Ogos ini (semalam) dan reaksi yang diterima oleh orang ramai di sekitar Bandar Kuantan amatlah menggalakkan dan menyokong usahanya dalam menyemarakkan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini,” katanya.
Beliau yang asal dari Negeri Sembilan telah menetap di Kuantan selama 43 tahun dan sepanjang berkhidmat dalam TUDM, beliau selalu menyertai perbarisan Hari Kebangsaan dan pada kali ini beliau ingin menzahirkan rasa cintanya kepada negara dengan membuat kelainan seperti ini dan tidak mustahil akan menyertai perarakan sekiranya dijemput oleh mana-mana pihak.
Mustafa ditemui penulis ketika beliau singgah untuk membeli sarapan pagi di gerai sekitar Pasar Besar, Kuantan semalam.
-ZS-