Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

100 Asnaf Terima Bantuan Gerobok Kasih

By 22 Oktober 2023November 2nd, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Sakinah Roshan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Datuk Dr. Wan Ismail hadir memberi bantuan kepada 100 golongan asnaf Flat Sri Melaka sempena Program Gerobok Kasih anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia di Dewan Laman Tun Razak, Cheras, di sini semalam.

Program bertujuan meringankan beban kos sara hidup golongan asnaf di sekitar Bandar Tun Razak.

“Saya berharap, bantuan seperti ini (bahan keperluan asas seperti beras, telur dan minyak) dapat diteruskan dalam membantu golongan ini untuk tidak merasa terbeban dengan sara hidup pada masa kini,” katanya selepas merasmikan Pertandingan e-Sports, Kelab Rekreasi Harapan Wilayah Persekutuan.

Menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Khairul Faiz Morat, program akan sentiasa diperluaskan ke sekitar Kuala Lumpur pada masa akan datang.

Turut hadir Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia Datuk Azman Datuk Mokhtar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda