Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Hari Ladang Bantu Tambah Ilmu Pertanian

By 22 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Othman

JELEBU, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Hari Ladang Peringkat Daerah Jelebu 2023 di Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jelebu, Pertang, di sini semalam membantu menambah ilmu pengetahuan berkaitan pertanian kepada meraka yang hadir.

Program yang  dirasmikan oelh Ahli Mesyuarat Kanan Kerajaan Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias itu turut mengadakan pelbagai aktiviti seperti pameran agensi kerajaan, jualan terus hasil tanaman, Kursus Asas Tanaman Tebu dan Kursus Tanaman Program Jualan Rahmah dan Jualan Agro Madani.

Jalaluddin Alias dalam ucapan perasmiannya, berkata Hari Ladang adalah antara usaha kerajaan untuk memberi nilai ilmu kepada rakyat dan meningkatkan pendapatan rakyat.

“Insya-Allah kerajaan akan terus mencari solusi dan berusaha untuk memperkasa kehidupan rakyat luar bandar dari semasa ke semasa dan memberi jaminan untuk menangangi isu-isu kekurangan bekalan seperti beras, gula dan sebagainya,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawantankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup turut menyampaikan insentif bantuan kepada 16 orang penerima.

Menurut Ramlah Zakaria, 41, beliau bersyukur kerana menjadi salah seorang penerima insentif bantuan daripada Pejabat Pertanian Daerah Jelebu yang bakal meningkatkan lagi pendapatannya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda