Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

320 Sertai Kursus Pendek di Karnival PSH Madani KKT

By 16 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Liza Abdullah/Kolej Komuniti Tawau (Sabah)

TAWAU, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 320 orang peserta telah menyertai Kursus Pendek sempena Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Madani Kolej Komuniti Tawau  (KKT) 2023, di sini pada Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Kolej Komuniti Tawau, Norimah Laujo berkata karnival tersebut telah berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

“Seramai 320 orang peserta menyertai semua kursus pendek, melebih sasaran 250 orang peserta.

“Terdapat 12 kursus yang dibuat sepanjang karnival satu hari ini, antaranya kursus pelbagai jenis masakan, asas Microsoft Word dan Powerpoint, asas memanah tradisional, asas servis pendingin hawa kenderaan, asas pengucapan awam dan lain-lain lagi,” katanya ketika ditemui di karnival tersebut.

Tambahnya, PSH merupakan program tahunan yang dianjurkan bagi menawarkan kursus pendek dan aktiviti bagi mempromosikan Kolej Komuniti Tawau kepada masyarakat.

Menurut seorang peserta, Fadhil Sabran, 15, beliau berasa teruja mempelajari masakan nasi mentega dan udang masak lemak nanas yang diadakan di Bangunan Kulinari KKT.

“Selain kursus masakan, saya juga menyertai kursus asas memanah tradisional.

“Selain mempelajari Al-Quran, kami juga digalakkan untuk mempelajari kemahiran hidup agar boleh berdikari apabila keluar dari pusat pengajian kelak,” ujarnya yang merupakan wakil Hafiz negeri Sabah dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023.

Untuk rekod, penyertaan ini turut menyumbang kepada kejayaan mencapai Malaysia Book of Records sebanyak 14,545 penyertaan program PSH secara serentak di Kolej Komuniti seluruh negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda