Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

400 Sertai Jelajah Genta Belia Peringkat Daerah Jempol

By 29 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Naim (Jempol)

JEMPOL, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 400 orang pengunjung yang hadir program Jelajah Genta Belia peringkat daerah Jempol 2023 yang diadakan di Dewan Kompleks Rakan Muda Jempol, di sini semalam.

Program telah berjaya mengumpulkan usahawan belia yang dibimbing dan berdaftar di bawah jabatan dan agensi kerajaan serta peniaga-peniaga kecil di sekitar daerah ini.

Menurut pengunjung Muhammad Zulkarnaen Ab Razak, 29, program seperti ini dapat menyemarakkan semangat belia-belia untuk terus positif usaha untuk meningkatkan kos sara hidup dan kemajuan diri sendiri.

“Program sebegini perlu diteruskan dari semasa ke semasa agar belia yang baru menceburi bidang keusahawanan ini dapat pendedahan bertemu rakan perniagaan mereka.

Program Jualan Rahmah dan Jualan Agro Madani diadakan bagi mempromosikan barangan pada harga yang murah untuk pengunjung yang hadir turut diadakan.

Pelbagai acara menarik diadakan antaranya seperti Jalan 10 Ribu Langkah, pertandingan memasak, karaoke, mewarna kanak-kanak, pameran agensi kerajaan dan yang paling dinanti-nantikan pengunjung adalah acara cabutan bertuah.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Haji Mustapha Nagoor, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jeram Padang Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, Pegawai Daerah Jempol Nawal Mohamed Amin dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Zul Fadhli Abd Aziz.

-ZS-

Tinggalkan komen anda