Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Belia Masjid Bantu Golongan Memerlukan

By 29 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid (Rembau)/Ismael Idris (Biro Pembangunan Belia Masjid Rembau)

REMBAU, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 50 orang di daerah ini telah menerima sumbangan Bakul Rahmah sekitar dalam. program yang dianjurkan oleh Biro Pembangunan Belia Masjid Jamek An-Nur Rembau, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Batu Hampar, di sini semalam.

Menurut Pengerusi Biro Pembangunan Belia masjid tersbut Khalid Sakimin, 33, Ziarah Kasih bertujuan membantu meringankan beban isi rumah yang kurang berkemampuan iaitu golongan B40.

“Bukan itu sahaja, malah kami mengenal pasti golongan warga emas, sakit terlantar dan Orang Kurang Upaya (OKU) di kariah ini,” ujarnya.

Manakala, Imam Muda Masjid Jamek An Nur Rembau, Muhammad Amin Mohamad Sarif, 26, berkata program sangat baik kerana pihak masjid dapat bertemu dan bertentang mata secara terus dengan penerima sumbangan.

“Saya sendiri dapat melihat secara terus kesusahan yang mereka alami dan akan cuba meneruskan program sebegini agar dapat membantu lebih ramai lagi dimasa akan datang,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda