Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Bandar Tun Razak Sihat Bersama PUSPAFIT@Komuniti

By 28 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Jannah Shamsol Anuar/Nur Sakinah Roshan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Buat julung kalinya Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Kebangsaan menjadikan Bandar Tun Razak dalam program PUSPAFIT@Komuniti.

PUSPAFIT@Komuniti ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan warga sekitar Bandar Tun Razak.

Menurut penaung PUSPANITA Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail aktiviti sukan ini merupakan platform utama menjadikan rakyat Malaysia sihat fizikal dan mental dengan aktiviti beriadah bersama keluarga.

“Saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan yang hadir pada hari ini mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang disediakan dengan semangat kesukanan yang tinggi.

“Manfaat bersukan dan beriadah tidak hanya dapat dinikmati dalam bentuk kesihatan jasmani dan rohani secara individu, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan di peringkat komuniti dan masyarakat,” ujar beliau ketika merasmikan program tersebut, di sini pagi tadi.

Turut hadir Yang di-Pertua PUSPANITA Puan Sri To’ Puan Seri Norizam Che Mohd Nor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda