Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Belanjawan 2024: Nelayan Perlis Lega Elaun Sara Hidup Nelayan Diteruskan

By 16 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Nelayan di negeri ini lega apabila Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) diteruskan oleh kerajaan.

Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan Persatuan Nelayan Kuala Perlis Asri Jat, berkata Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat prihatin kepada para nelayan dengan inisiatif-inisiatif yang diteruskan dalam Belanjawan 2024.

Menurutnya, inisiatif yang dikhususkan kepada para nelayan, seperti bantuan membina rumah baharu atau baik pulih rumah nelayan yang uzur sangat membantu para nelayan terutama nelayan-nelayan pantai yang berpendapatan rendah.

“Saya berharap dengan bantuan daripada kerajaan yang disalurkan menerusi Belanjawan 2024 Malaysia MADANI akan memberi manfaat kepada para nelayan dan kami akan sentiasa menyokong sebarang dasar yang dicadangkan yang membawa kebaikan kepada para nelayan.

“Kami para nelayan mengharapkan pada masa hadapan mungkin boleh dipertimbangkan agar elaun sara hidup dinaikkan seiring dengan kenaikan harga barangan,” ujarnya ketika ditemui Kampung Tengah, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda