Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

HSN 2023 Langkah Proaktif Menjadi Negara Sukan – Fadhlina Sidek

By 16 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM40 juta bagi Geran Padanan Sukan Kementerian Belia dan Sukan dan Inisiatif Dana Sukan Komuniti sebanyak RM20 juta  penganjuran program sukan melibatkan pelbagai penganjuran sukan di peringkat akar umbi.

“Sambutan Hari Sukan Negara merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan satu langkah proaktif dalam proses tranformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Sukan,” ujarnya.

“Sebagaimana yang kita semua maklum bahawa, Program Kecergasan sempena HSN Tahun 2023 pada hari ini adalah merupakan satu inisiatif untuk membentuk warganegara yang lebih aktif dan cergas dan  juga bertujuan menerapkan budaya sukan serta memupuk semangat perpaduan dan jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) dan Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Negeri Perlis telah di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, di sini kelmarin

Program tersebut telah menarik penglibatan seramai 5,500 orang, murid prasekolah, sekolah rendah dan menengah, warga KPM, ibu bapa, masyarakat setempat serta pelbagai agensi dan persatuan sukan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda