
Laporan/foto: Zaidy Salim/FB Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini membentangkan Belanjawan 2024, bertemakan Reformasi Ekonomi, Memperkasakan Rakyat yang memperuntukkan sejumlah RM393.8 bilion jumlah yang tertinggi setakat ini.
Belanjawan tersebut dibahagikan kepada tiga tumpuan utama iaitu Pertama: Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan, Kedua: Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan, dan Ketiga: Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.
Kementerian Kesihatan Malaysia diperuntukkan RM41.2 bilion, berbanding RM36.3 bilion tahun ini, antara peningkatan terbesar daripada kalangan semua kementerian.
-ZS-