Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Beras, Telur antara Barangan Keperluan Pilihan di Program Jualan Rahmah

By 7 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Berry Taimin (Sabah)

RANAU, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Barangan keperluan harian seperti beras dan telur antara barangan paling mendapat sambutan Program Jualan Rahmah (PJR) di Kundasang, di sini hari ini.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Sabah, Georgie Abas, PJR kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk Kundasang yang hadir bagi mendapatkan barangan keperluan harian.

“Kita dapati mereka datang lebih awal bagi mendapatkan barangan keperluan harian pada PJR pada hari ini.

“Kebiasaanya bagi tempat yang tiada PJR, terdapat jualan bagi ahli-ahli di pasar raya setempat yang menawarkan harga barang rendah juga,” katanya.

Sementara itu, Masni Madani, 68, bersyukur dapat membeli barangan keperluan dari PJR.

“Saya datang sini seawal pukul 7.00 pagi lagi dan dapatlah saya beli beras, bawang, telur, kicap, minyak masak, sabun dan lain-lain lagi.

“Beras kalau di kedai harganya RM38, tapi di sini boleh dapat RM27 untuk 10 kilogram.

“Syukur dengan adanya jualan ini dapat membantu kami golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan barangan yang harganya jauh berbeza berbanding di kedai,” ujarnya.

Kuinten Gangok, 50, menyokong PJR diadakan di Kundasang berikutan kenaikan kos barang-barang keperluan.

“Kalau boleh PJR diadakan lebih kerap kerana
harga lebih murah dari pasar raya dan sesuai untuk golongan tidak berkemampuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda