Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Buku Serkam dan Pulai Permata Sepanjang Zaman Manifestasi Jati Diri Bangsa

By 8 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify (Jasin)

SERKAM, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Seni Budaya Negeri Melaka Zaidi Attan merasmikan Majlis Pelancaran Buku Serkam dan Pulai, Permata Sepanjang Zaman di Dewan Sekolah Kebangsaan Serkam Darat, di sini semalam.

Menurut Zaidi Attan, penerbitan buku ini satu bukti kukuh dan selayaknya diteruskan serta diadaptasi oleh mana-mana daerah atau mukim yang terletak di bumi Melaka bersejarah ini.

“Buku ini akan menjadi manifestasi peribadi, jati diri bangsa, juga menjadi cerminan masyarakat, negeri dan negara yang pelbagai citra, kata seni budaya dan luhur budi pekerti.

“Buku Serkam dan Pulai, Permata Sepanjang Zaman ini diharap dapat memainkan peranan salah satu bentuk promosi Serkam dan Pulai sebagai destinasi pelancongan yang sedia ada khususnya di negeri Melaka,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda