Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Program Jualan Rahmah di Kundasang Dapat Sambutan

By 7 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sitti Jakiyah Abd Rahim/Berry Taimin (Sabah)

RANAU, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah (PJR) di Kundasang mendapat sambutan baik daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Seorang pekerja yang terlibat dalam PJR, Muhammad Rusaydi Mahamud, 25, berkata PJR mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat.

“Seawal pujuk 10.00 pagi kami terpaksa menambah bilangan stok telur bagi menampung permintaan pelanggan yang hadir.

“Diharapkan stok telur yang ada ini cukup untuk PJR kita pada hari ini,” katanya ketika ditemui pada program tersebut di Pekan Kundasang, di sini pagi tadi.

Menurut seorang warga emas, Udiah Rahaman, 78, beliau mengambil kesempatan untuk mendapatkan barangan keperluan harian yang dikatakan lebih murah berbanding harga biasa.

“Mulanya saya tidak tahu ada jualan hari ini, tapi bila saya tanya orang, mereka katakan ada Jualan Rahmah hari ini. Jadi saya terus datang ke sini.

“Saya dapati harga barang-barang yang dijual di sini lebih murah berbanding yang dijual di kedai-kedai,” ujarnya.

Sementara itu, Rizlan Yusof, 45, Sukarelawan Pertahanan Awam, sangat bersyukur dengan harga barangan yang ditawarkan pada PJR.

“Alhamdulillah dengan adanya jualan barang seperti ini, ianya dapat membantu masyarakat mendapatkan barangan pada harga yang lebih murah.

“Diharap program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang kerana ia banyak memberi manfaat kepada masyarakat dalam mendepani kenaikan kos sara hidup,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda