Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Himpunan Solidariti Palestin Banjiri Jalan Tun Razak

By 29 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azri Zainal Abidin/Ahmad Idham Abd Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Ribuan rakyat Malaysia membanjiri ibu kota semalam bagi menzahirkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Himpunan 10K Solidariti Palestin itu bermula sekitar pukul 2.00 petang dari Perkarangan Masjid Asy-Syakirin KLCC kemudian berarak menuju ke arah Kedutaan Besar Amerika Syarikat yang terletak di Jalan Tun Razak sambil melaungkan ‘Bebaskan Palestin’.

Tinjauan Malaysia Aktif mendapati peserta himpunan berpakaian putih, membawa bendera Malaysia dan Palestin, plakad ‘Israel Cuak’ dan ‘Hentikan Kezaliman Terhadap Palestin’ bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk tindakan kejam rejim zionis di Gaza.

Himpunan berakhir sekitar pukul 4.00 petang tanpa sebarang provokasi dengan kawalan polis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda