Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

JaPen Labuan Pergiat Usaha Sebar Luas Maklumat Belanjawan 2024

By 26 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Rodey Roy Juhalin (Labuan)

LABUAN, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) Labuan sedang mempergiatkan usaha untuk menyebarluaskan maklumat mengenai Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Menurut Penolong Pegawai Penerangan, Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, JaPen Labuan, Roseemyzal Nordin pelbagai pendekatan akan digunakan bagi mencapai hasrat tersebut.

“Kami menggunakan beberapa pendekatan antaranya menerusi hebahan bergerak Info on Wheels (IoW) di lokasi-lokasi tumpuan ramai di mana kami akan menggunakan pembesar suara yang dipasang pada kenderaan JaPen selain bertemu orang ramai bagi menghebahkan inisiatif yang terdapat dalam Belanjawan 2024 secara bersemuka.

“Selain itu JaPen akan turut menggunakan saluran media sosial rasmi JaPen Labuan untuk menyebar maklumat Belanjawan 2024 dari masa ke masa agar rakyat lebih memahami manfaat yang diperolehi dalam Belanjawan terbaik yang pernah dibentangkan oleh kerajaan,” katanya semasa ditemui media, di sini semalam.

Jelasnya lagi amat penting bagi rakyat mengetahui maklumat mengenai Belanjawan 2024 kerana belanjawan itu bersifat memperkasa rakyat khasnya golongan B40 tanpa meminggirkan golongan M40 dan T20 sejajar dengan semangat Malaysia Madani yang mengutamakan kesejahteraan rakyat di semua peringkat.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda