Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Simulasi Pilihan Raya Memberi Pendedahan Sistem Demokrasi kepada Pelajar

By 26 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ainsyah Hamid/Firdaus Rashid (Barat Daya)

PANTAI JEREJAK, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 120 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ara telah didedahkan dengan simulasi pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Pulau Pinang dalam Program Semarak Gemilang @ Kelab Malaysiaku, di sini semalam.

Pengetua sekolah Noorliza Nasrudin dalam ucapanya, berkata program ini perlu diteruskan agar dapat meningkatkan kefahaman tentang sistem demokrasi negara.

“Ianya supaya pelajar lebih peka pada masa depan sekali gus memberi pendedahan bagaimana berlakunya proses pilihan raya,” katanya.

Sementara itu, pelajar Mohd Raikal Mohd Rail, 16, berkata ini adalah pengalaman pertama beliau merasai sendiri proses pengundian pilihan raya.

“Sebelum ini maklumat diterima melalui bacaan buku ataupun perkongsian daripada guru sahaja.

“Saya berharap agar program sebegini dapat diteruskan kerana ianya memberi pengetahuan dan pendedahan yang luas kepada pelajar,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda