Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Karnival Pendidikan Bertemakan Kenegaraan

By 23 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hafizul Adzhari (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah telah menganjurkan Karnival Pendidikan Bertemakan Kenegaraan dan Jom Santai @Perpustakaan yang diadakan di Perpustakaan Desa Lubok China, di sini kelmarin.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau Hameed Mytheen Kunju Basheer, program ini perlu kerap diadakan bagi memupuk minat pelajar sekolah berkaitan kenegaraan.

“Ibu bapa dan guru merupakan watak utama dalam mendidik anak-anak kita supaya mereka tidak terjebak dengan perkara yang tidak sihat.

“Melalui program seperti ini, ibu bapa dan guru boleh mengetengahkan bakat anak-anak yang mungkin tetapi tidak digilap dengan baik,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan pakaian beragam kanak-kanak, mewarna kanak-kanak, bercerita dan bijak Matematik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda