Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Majlis Apresiasi Kecemerlangan ke Arah Memantapkan Bidang Pendidikan

By 9 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Yusof Haji Abd. Samad

TANGKAK, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM dan STPM Sekolah Menengah Parlimen Ledang 2023 di Dewan Padang Lerek, di sini semalam meraikan 392 orang pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2022.

Wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak Ahmad Norman Muhammad, berkata program tersebut mampu menyuntik semangat para pelajar untuk berusaha gigih bagi mencapai kejayaan serta kecemerlangan dalam pelajaran.

Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh, berkata ibu bapa memainkan peranan penting menyuntik semangat kepada pelajar agar tidak mudah putus asa untuk mengecapi kejayaan dalam bidang pendidikan ini.

“Namun, tanpa usaha yang gigih dan tekun, pelajar akan mudah mengalah apatah lagi dalam menghadapi cabaran masa kini,” katanya.

Program ini turut dihadiri ibu bapa dan penjaga pelajar cemerlang daripada pelbagai kaum Melayu, Cina dan India di Parlimen Ledang.

Turut hadir pengetua-pengetua dalam Parlimen Ledang, kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak, wakil-wakil jabatan serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda