Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Masyarakat Diseru Jaga Anugerah Pantai Labuan

By 9 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Perbadanan Labuan

LABUAN, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Masyarakat di wilayah ini diseru untuk sentiasa menjaga kawasan-kawasan pantai yang menjadi anugerah kepada penduduk tempatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail, kepelbagaian pantai-pantai di Labuan menjadi suatu anugerah bagi digunakan masyarakat tempatan untuk pelbagai aktiviti seperti tujuan pelancongan, kesukanan, perniagaan, riadah, perikanan dan sebagainya.

“Oleh sebab itu, perlu ada kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk tidak mencemarkan dan mengotorkan pantai-pantai yang sedia ada dengan sampah sarap bagi keselesaan pengguna dan pengunjung yang bakal menggunakanya kelak.

“Malahan pada masa yang sama perlu menjaga ekosistem hidupan laut agar tidak terdedah kepada pencemaran yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab,”katanya semasa merasmikan Program ‘Beach Cleaning’ Bersama Sukarelawan Belia Kitani, di sini semalam.

Rithuan turut merkamkan penghargaan kepada Kelab Belia Kampung Sungai Labu (BELA), Peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dan Majlis Belia Labuan atas penganjuran program tersebut.

“Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran belia akan kepentingan memberikan khidmat bakti kepada masyarakat.

“Ia menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan alam sekitar, memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong sesama masyarakat dan menambah pengetahuan para belia tentang kepentingan pemeliharaan alam semula jadi,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda