Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang Negeri Pertama Tunjukkan Sokongan Buat Palestin

By 29 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim

KUANTAN, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Kira-kita seramai 7,000 rakyat Pahang dari seluruh negeri ini berkumpul seawal 7.00 pagi membanjir Dataran Majlis Bandaraya Kuantan, pagi tadi bagi menyertai Himpunan Pahang For Palestine.

Kehadiran mereka ini adalah sebagai usaha untuk menyokong kerajaan negeri Pahang bagi menzahirkan solidariti mereka kepada rakyat Palestin yang telah ditindas oleh kekejaman rejim zionis Israel sehingga ke hari ini.

Dalam himpunan ini, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kerajaan Pahang tidak pernah jemu dan penat untuk membantu rakyat Palestin dengan menyumbang sehingga RM700,000 pada Tabung Palestin 1.0.

“Ini kerana Palestin sentiasa dekat di hati seluruh rakyat Pahang walaupun jarak lebih 17,700 kilometer,” katanya.

Beliau juga turut melancarkan Tabung Palestin 2.0 dan tabung berkenaan dibuka kepada seluruh rakyat negeri ini, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Hasil kutipan hingga sehingga hari ini berjaya mengumpul sebanyak RM110,000 dan Pahang muncul negeri pertama di negara ini yang menganjurkan himpunan sebagai tanda sokongan kepada Palestin,” katanya.

Himpunan ini turut disertai oleh Timbalan Mufti Pahang Datuk Badlishah Alaudin yang menyampaikan ceramah dan bacaan doa.

Manakala Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Dr Radwan Jamal Elatrash, warga Palestin telah menceritakan kekejaman tentera Isreal yang dialaminya sehingga meragut nyawa isteri dan anaknya serta pernah didera dan dipenjarakan oleh rejim tersebut.

Turut serta panel jemputan lain iaitu Farrah Adeeba, selebriti TV, Heliza Helmi dan adiknya Hazwani Aktivis Sosial juga telah berkongsi pengalaman masing-masing semasa berada di bumi Gaza bagi membantu rakyat Palestine baru-baru ini dan beberapa barisan kepimpinan kerajaan negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda