
Laporan/foto: Norfatihah Abd Jamin/Khairul Nazrie Mat Nayan (Kinta)
IPOH, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak 24 daripada 63 buah sekolah yang menyertai Pertandingan Inovasi Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 terpilih untuk menyertai pameran sempena Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 Siri 9 di Stadium Indera Mulia, di sini semalam.
Guru penyelaras sekolah menengah Nurzarina Shariff, 43, menzahirkan rasa kagum dan teruja kerana usaha guru dan pelajar yang menggunakan elemen robotik dapat dipamerkan di pameran ini.
“Dapatan pameran yang diadakan pada hari ini dapat memberi pendedahan dan meningkatkan keyakinan para peserta untuk berhadapan dengan orang awam.”
“Secara tidak langsung ia dapat memupuk nilai menghormati dan mereka dapat mempelajari teknik berkomunikasi dengan lebih baik ketika pembentangan inovasi dilakukan,” ujarnya.
Antara hasil inovasi yang dipamerkan termasuklah ‘Insomnia Box’ dan projek transformasi pembelajaran murid menggunakan formula untuk pendidikan era baru selain program turut dimeriahkan dengan pertandingan bercerita dan ‘action song’ daripada pelajar.
-ZS-