Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Perpustakaan Daerah Klang Bakal Dinaik Taraf Seiring Kemajuan Zaman

By 11 Oktober 2023Oktober 17th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Rosliza Ibrahim (Klang)

KLANG, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Masyarakat kini menjadikan media sosial sebagai sumber utama untuk mendapatkan maklumat, sehingga lupa kewujudan kemudahan perpustakaan awam yang disediakan oleh kerajaan.

Perpustakaan Awam Selangor Cawangan Klang terletak di Jalan Tengku Klana, berhadapan bangunan Majlis Perbandaran Klang yang dibina pada 1957 akan dinaik taraf pada hujung tahun ini.

Pembantu Pustakawan, Mohamad Anuar Sulong, berkata perpustakaan berkenaan menerima kehadiran pengunjung antara 30 hingga 50 orang setiap hari.

“Jadi dengan naik taraf bangunan perpustakaan ini diharap dapat menarik lebih ramai pengunjung hadir.

“Antara naik taraf tersebut adalah menyediakan internet percuma di samping mewujudkan suasana yang kondusif agar perpustakaan menjadi ‘port lepak’ masyarakat di Klang,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, pengunjung dibenarkan untuk meminjam 20 buah buku untuk jangka masa sebulan dengan keahlian adalah percuma dan terbuka kepada semua warganegara.

“Apa yang menarik di sini, Klinik Kesihatan Orang Kurang Upaya (Anika) turut membawa pesakit mereka untuk meredakan emosi pesakit setiap hari Jumaat,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda