Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Seribu Sertai HSN 2023 Daerah Kuala Selangor

By 14 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azfa Saffie (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai seribu warga Kuala Selangor menyertai Program Hari Sukan Negara (HSN) 2023 Peringkat Daerah Kuala Selangor, hari ini.

Pegawai Daerah Kuala Selangor Mohd Raiz Radzuan selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk HSN 2023 Peringkat Daerah, berkata objektif utama penganjuran adalah untuk meningkatkan kesedaran kepentingan bersukan dalam kalangan masyarakat dan memupuk semangat perpaduan antara kaum.

”Bagi mencapai matlamat Malaysia sebagai sebuah negara sukan, HSN dilaksanakan untuk memupuk minat dan menarik penyertaan masyarakat dari pelbagai umur di peringkat akar umbi.

“Seperti yang kita semua sertai hari ini, setiap tahun HSN disambut serentak di seluruh negara pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan HSN 2023 peringkat Daerah Kuala Selangor yang diadakan di Perkarangan Dewan Dato’ Penggawa Permatang Kuala Selangor.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pertandingan bola keranjang, bola jaring, persembahan ‘Martial Art’, pertandingan catur, mewarna serta pameran dari agensi-agensi yang bertemakan gaya hidup sihat.

Turut hadir Pegawai Belia Sukan Daerah Kuala Selangor Look Xin Dey, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt. Ramli Kasa dan Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Selangor Ir. Nur Hafidzan Idris.

-ZS-

Tinggalkan komen anda