Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

IoW Pergiat Hebahan Belanjawan 2024

By 21 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Irina Abd Samad/ Norfaizah Adnan

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Penjelasan dan hebahan berkaitan Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober lalu dipergiatkan bagi memberi kefahaman kepada rakyat melalui platform Info on Wheels (IoW) Jabatan Penerangan.

Pengarah Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (WPKLP) Muhammad Najmi Mustapha, berkata sebanyak lima daerah yang merangkumi 12 kawasan Parlimen terlibat dalam program Info on Wheels (IoW) di seluruh WPKLP.

“Tumpuan khusus hebahan Belanjawan 2024 ini adalah untuk memperkasakan keperluan rakyat dari aspek apa yang kerajaan berikan kepada rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Pemberian Rebat Bil Elektrik dan peruntukan untuk golongan belia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri program IoW di Perumahan Awam Pantai Permai dan mengedarkan risalah Belanjawan 2024, di sini semalam.

Setiausaha Majlis Belia Kawasan Lembah Pantai Sarifuddin Mohd Fahmi, 33, berkata manfaat yang diberikan untuk belia adalah sangat besar, seperti bantuan STR yang dinaikkan dan ganjaran RM500 kepada belia yang berjaya melakukan aktiviti sukarelawan.

“Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) juga amat diterima baik dalam membiayai modal menjalankan perniagaan dan seterusnya melahirkan usahawan belia,@ katanya.

Pengerusi Komuniti Madani Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai, Aziz Ismail, 64, berkata, pihaknya amat berterima kasih dan bersyukur kepada Kerajaan Perpaduan yang sentiasa memberikan keutamaan kepada rakyat khusunya golongan B40.

“Kenaikan Pemberian STR dan Bantuan Awal Persekolahan adalah sangat dialu-alukan dan meringankan beban kami,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda