Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pensyarah IPTA Sambut Baik Pengumuman Perdana Menteri

By 18 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Nasrul Isyam

KUANTAN, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Pengumuman Perdana Menteri Malaysia melalui pembentangan Belanjawan 2024 baru-baru ini bahawa pihak universiti perlu memastikan kemasukan pelajar tidak ditolak kerana tidak mampu membayar yuran atau miskin disambut baik oleh tenaga pengajar Institut Pengajian Awam (IPTA) di daerah ini.

Nasrul Isyam Abdul Hamid, 45, berkata pengumuman yang dibuat Perdana Menteri itu membuktikan pembentukan modal insan amat penting, terutamanya melalui pendidikan.

“Hanya melalui pendidikan yang boleh mengubah nasib terutama dalam kalangan yang kurang bernasib baik untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Justeru, perkara yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini memperlihatkan konsep Madani itu melalui keprihatinan beliau terhadap golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.

Ujar beliau lagi, semangat dan kecekalan yang tinggi dalam perjuangan menuntut ilmu juga penting selain daripada kuasa pemegang taruh itu sendiri.

“Diharapkan selepas ini negara kita akan lebih melahirkan generasi yang berilmu serta berakhlak tinggi agar dapat berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda