Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Tujuh Pasukan Antarabangsa Memeriahkan NPSL 2023 Langkawi

By 23 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Acara Nothern Paintball Super League (NPSL) Grand Finale 2023-LADA Cup mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada penyertaan dalam dan luar negara seperti Singapura, Taiwan dan Australia.

Kejohanan anjuran Fast Fact Event dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) itu diadakan selama dua hari iaitu pada 21 hingga 22 Oktober di Padang B, Kompleks Sukan Langkawi.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA Haji Fuad Che Ani @ Abd Ghani, berkata ini merupakan kali kedua pihaknya menganjurkan pertandingan tersebut.

“Pertama kali diadakan pada tahun lepas dengan penyertaan 50 pasukan dan alhamdulilah semakin berkembang pada tahun ini 60 pasukan menyertainya.

“Kami menjangkakan tahun hadapan akan mencapai sasaran melebihi 100 pasukan yang akan bertanding dalam Piala LADA Paintball,” katanya.

Menurutnya lagi, pada tahun ini sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Open E-Division, D3 E-Division, Open M-Division, Rookie Division dan 3 vs 3 Ladies.

“Pulau Langkawi dipilih sebagai lokasi pusingan akhir selepas dua pusingan sebelum ini yang diadakan di Kangar, Perlis (13–14 Januari) dan Pulau Pinang (4–5 Jun),” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda