Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Nelayan Kedah Menyambut Baik Belanjawan 2024

By 23 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Alor Setar)

ALOR SETAR, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Menerusi pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu, kerajaan sangat menitikberatkan nasib golongan nelayan di Malaysia.

Justeru itu, golongan nelayan laut di negara ini dapat menikmati inisiatif Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) sebanyak RM300 sebulan kepada penerima yang layak dan sudah pasti sedikit sebanyak ia dapat meringankan kos dan beban sara hidup mereka.

Beberapa nelayan yang ditemui di Jeti Kuala Kedah, di sini semalam sangat menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berkenaan manfaat yang diberikan semasa pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI.

Menurut Khadijah Md Syah, 48, beliau sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana akan memberi ESHN RM300 sebulan kepada para nelayan sekali gus dapat mengurangkan beban mereka.

Nelayan Abdul Ghani Osman, 53, pula berpendapat ianya sangat bagus apabila kerajaan ingin mengekalkan subsidi diesel pada harga terendah.

“Begitu jugak dengan elaun sara hidup sehingga RM300 sebulan dapat meringankan beban para nelayan sejak hasil penangkapan ikan kurang pada ketika ini,” katanya.

Seorang bekas nelayan Ahmad Hashim, 76, bersetuju dengan pengumuman tersebut.

“Ini dapat melegakan para nelayan di sini,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda