Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Agensi Kerajaan dan Swasta Tonggak Utama Kukuhkan Kesedaran 3R

By 22 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Intan Saziana/Mohammed Idris (Pengurus Projek CSR)

CAMERON HIGHLANDS, 22 Nov (Malaysiaaktif) – Program anjuran CSR (Corporate Social Responsibility) – Tanggungjawab Sosial Korporat bertemakan 3R iaitu ‘Reduce’ (Kurangkan), ‘Reuse’ (Guna Semula) dan ‘Recycle’ (Kitar Semula) dan penjagaan alam sekitar di perkarangan Hotel Avillion, Tanah Rata mendapat sambutan menggalakkan daripada agensi kerajaan dan swasta daerah ini, semalam.

Menurut Pengurus Projek CSR Mohammed Idris Mat Isa, 54, penganjuran program ini bertujuan memperkukuhkan kesedaran berkaitan dengan 3R terutamanya kepada setiap agensi yang berada di daerah ini kerana mereka adalah tonggak utama dalam mendidik masyarakat demi memastikan kelestarian alam sekitar.

“Selain itu juga dengan gabungan program seperti ini ia dapat memupuk semangat kerjasama yang utuh antara pelbagai jabatan dan agensi di daerah ini serta mempamerkan nilai murni kepada masyarakat,” ujarnya.

Majlis dirasmikan oleh Pegawai Daerah dan Tanah Daerah Cameron Highlands Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman sebagai wakil Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda