Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang Negeri Pertama Bina Pusat Pemindahan Tetap

By 22 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Erzufariza Zulkifly/Sh. Nurrul (Maran)

MARAN, 22 Nov (Malaysiaaktif) – Pahang menjadi negeri pertama di Malaysia membina Pusat Pemindahan Tetap (PPT) dengan peruntukan sebanyak RM680,000.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata Pahang telah mengenal pasti lima daerah yang akan melaksanakan pembinaan PPT iaitu Maran, Kuantan, Pekan, Temerloh dan Lipis dengan peruntukan sebanyak RM31 juta.

“Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan semua mangsa banjir ditempatkan di PPT yang dibina dengan pelbagai kelengkapan yang lebih baik dan selesa,” katanya selepas merasmikan PPT Kampung Luit, di sini semalam.

Tambah beliau, pada awalnya hanya RM500,000 diperuntukkan untuk PPT di Kampung Luit namun demi keselesaan dan kemudahan mangsa banjir, peruntukan ditambah sebanyak RM180,000 bagi membaiki tangki air.

-ZS-

Tinggalkan komen anda