Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

ATSA Juara International Tourism Junior Cup

By 6 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Selangor)

SUNGAI BULOH, 6 Nov (Malaysiaaktif) – Akademi Tunas Setia Alam (ATSA) bawah 10 tahun meraih kejuaraan dalam kejohanan International Tourism Junior Cup yang berlangsung di Padang Tigre Arena RRIM, di sini semalam.

ATSA bawah 10 tahun menghantar empat kumpulan ke kejohanan ini dan masing-masing mencipta kejayaan apabila muncul juara dan tempat keempat seterusnya berjaya membawa pulang RM 3,500.

Mengulas mengenai kejayaan pasukan ATSA, Ketua Jurulatihnya Mohammad Azhar Ishak tidak menyangka kejayaan milik pasukannya kerana saingan sengit daripada 17 kumpulan yang menyertai kejohanan ini dari seluruh negeri.

“Alhamdulilah setelah mengharungi pelbagai cabaran di peringkat kumpulan, saya sangat teruja dengan kesemua pemain saya yang menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam setiap perlawanan.

“Walaupun berdepan dengan masalah kecederaan beberapa orang pemain, namun mereka mampu mencipta kejayaan hari ini dengan sokongan padu daripada ahli keluarga yang turut menyaksikan perlawanan ini,” katanya.

Akademi Tunas merupakah salah satu program di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara untuk meningkatkan kualiti bola sepak negara dengan melatih pemain daripada peringkat akar umbi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda