
Laporan/foto: Irina Abd Samad/Norfaizah Adnan
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Malaysiaaktif) ā Aplikasi mudah alih perbandingan harga PriceCatcher yang dibangunkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak 2017 menjadi medium kepada rakyat untuk lebih bijak berbelanja dalam mendepani peningkatan harga barangan pada masa ini.
Inisiatif ini mampu membantu para pengguna membuat pilihan bijak dalam perbelanjaan seharian mereka dengan membandingkan serta menyemak dahulu harga sebelum membuat keputusan untuk membeli barang dan membolehkan pengguna mengambil tindakan bijak serta keputusan yang lebih bijak.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, berkata ibu bapa khusunya digalakkan untuk memuat turun aplikasi ini, bagi mengetahui perbezaan harga barang yang berdekatan dengan pengguna.
āMemandangkan ianya merupakan aplikasi digital, saya terpanggil untuk meningkatkan kesedaran umum tentang aplikasi PriceCatcher ini sebagai penjimatan.
āKemampuan PriceCatcher berfungsi sebagai rujukan kepada para pengguna mengenai maklumat harga semasa barangan keperluan serta lokasi premis yang menawarkan harga berpatutan,ā katanya ketika ditemui semasa pelancaran Program Pemerkasaan OKU Celik Digital bertempat di Pusat Komuniti Pantai Eco Park, di sini semalam.
Raja Zainalabidin Raja Mohd Salleh, 34, berkata aplikasi ini dapat menjimatkan masa untuk mencari barang dengan harga yang murah.
āIa juga menjadikan kita sebagai pengguna yang bijak dengan membandingkan harga,ā katanya.
Menurut Amirah Haji Mohd Bakri, 46, aplikasi PriceCatcher membantu pengguna membuat perancangan perbelanjaan secara berhemah serta mendapatkan barangan keperluan mereka pada harga terbaik.
āSelain itu, aplikasi ini memuatkan harga lebih daripada 400 barangan di 1,500 premis terpilih seluruh Malaysia.
PriceCatcher boleh dimuat turun melalui Apple AppStore, Google PlayStore dan Huawei App Gallery.
-ZS-