Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Bantuan Prihatin Pahang Ceriakan Siswa Raub

By 4 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azree Zaki (Raub)

RAUB, 4 Nov (Malaysiaaktif) – Terukir senyuman dalam kalangan penerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2023 Kluster Siswa Daerah Raub di Dewan Jubli Perak Daerah Raub, hari ini.

Penerima Kluster Siswa Siti Najatul Ajierah Beng Adzeman, 24, menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang atas inisiatif yang diberikan.

“Saya sangat berterima kasih kerana bantuan ini amat bermanfaat untuk pembelajaran saya,” katanya.

Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2023 Kluster Siswa Peringkat Daerah Raub telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Dong Fadzli Mohamad Kamal.

Fazli dalam ucapan menyatakan inisiatif sebegini dapat dilaksanakan kerana kadar pertumbuhan ekonomi negeri dan hasil pendapatan Kerajaan Negeri Pahang bertambah baik setiap tahun di bawah pimpinan Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Selain bantuan ini, masih terdapat banyak lagi bantuan lain yang diberikan kepada rakyat negeri Pahang seperti bantuan RM100 kepada murid tahun satu sekolah rendah dan juga biasiswa Yayasan Pahang kepada kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda