Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Farmstay Relau Mengangkat Agropelancongan Desa ke Peringkat Antarabangsa

By 27 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mahrani Mohamad (Bandar Baharu)

RELAU, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Farmstay Relau yang merupakan salah satu tempat pelancongan terkenal di sini berjaya mengangkat produk pelancongan dan makanan tradisional desa ke peringkat pasaran antarabangsa.

Naib Presiden Homestay Malaysia Saiful Helmi Abd Razak, berkata penganjuran Karnival Agro Tourism ini bertujuan memperkenalkan Farmstay Relau serta memberi peluang kepada pengusaha produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) daripada pelbagai negeri mempromosikan hasil barangan tempatan mereka kepada pengunjung.

“Pengunjung dapat melihat sendiri demontrasi produk IKS yang dihasilkan antaranya labu sayong, mencanting batik, bunga sabun serta makanan tradisional seperti bahulu, halwa maskat, paneram dan lain-lain,” katanya semalam.

Kehadiran selebriti popular Chef Din menggamatkan suasana dengan telatahnya menyajikan sajian nasi beriani bersama penduduk serta pengunjung yang hadir.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Pengurusan Tuan Zulfadzrin Noor Din.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda