Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Memanah Tradisional Tarikan Baru kepada Penggemar Sukan

By 27 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Azhar Mat Isa (Muallim)/Power Combat Achery Malaysia

MUALLIM, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 65 peserta melibatkan 13 buah pasukan menyertai Kejohanan Combat Archery 1000 Liga Daerah Muallim 2023 di Padang Awam Slim River, di sini pada Sabtu.

Sukan memanah tradisional dalam bentuk pertempuran itu merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muallim dengan kerjasama Kelab Memanah Tradisional Besout serta Persatuan Memanah Tradisional Negeri Perak.

Pengerusi Persatuan Memanah Tradisional Negeri Perak Jefri Saari, berkata kejohanan ini memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mencuba sukan yang semakin dikenali ramai.

“Rata-rata peserta yang hadir adalah mereka yang pertama kali mencuba sukan ini dan ternyata memberi satu pengalaman baru yang menyeronokkan,” katanya.

Sementara itu, peserta Tamarriman Zaharuddin, 34, berkata sukan ini amat bagus bagi memantapkan kerjasama dan semangat berpasukan.

“Para peserta berganding bahu merangka strategi untuk memenangi perlawanan dan saya berpendapatkan sukan ini amat sesuai untuk dimasukkan ke dalam program berbentuk bina pasukan,” katanya.

Johan dimenangi oleh pasukan JaPen II yang menewaskan pasukan Pejuang Syahid II di tempat kedua sementara pasukan UPSI di tempat ketiga.

Hadir sama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Norbaya Zamri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda