Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Warga Emas Perlu Berhati-hati Elak Jadi Mangsa ‘Scammer’

By 27 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Sik)

SIK, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Warga emas di daerah ini dinasihatkan agar lebih berhati-hati bagi mengelakkan menjadi mangsa ‘scammer’ atau penipu.

Penyelia Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Sik Najlah Dzakaria, berkata trend warga emas menjadi mangsa penipuan dalam talian semakin membimbangkan.

“Semakin ramai golongan warga emas menjadi mangsa.

“Justeru itu diharap kempen kesedaran ini dapat mengurangkan risiko penipuan dan cara untuk mengenal pasti serta mengelakkan diri daripada terpedaya,” jelasnya.

Najlah berkata demikian di Majlis Sambutan Hari Warga Emas Daerah Sik, di sini semalam.

PAWE Daerah Sik mengambil inisiatif melaksanakan kempen kesedaran bagi meningkatkan kesedaran warga emas mengenai jenayah ‘scammer’.

“Orang ramai diminta supaya berhati-hati dengan tindakan licik ‘scammer’ yang tidak bertanggungjawab.

“Jangan ragu-ragu untuk menghubungi nombor talian penting 997 bagi membuat aduan tentang jenayah siber berunsurkan ‘scam’ atau penipuan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda