Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

KEMAS Laksana Transformasi TVET 2.0 Tahun Hadapan

By 14 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/KEMAS Johor

JOHOR BAHRU, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bakal melaksanakan Transformasi TVET 2.0 tahun hadapan sebagai langkah memperkasakan pendidikan kemahiran yang meliputi kelas-kelas kemahiran utama.

Ahli Majlis Zon Bandar Baru Uda Datuk Yahya Jaafar, berkata Modul Lima Bidang Kemahiran utama adalah Seni Tangan, Jahitan, Dandanan Diri, Literasi Komputer dan Masakan yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan dengan mendapat kerjasama erat daripada Pengarah KEMAS Negeri, Pemaju Kemahiran Masyarakat KEMAS dan ketua-ketua bidang kemahiran.

“Tujuan modul yang diperkenalkan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan mempelajari kemahiran kepada belia bagi kebolehpasaran peserta dengan melanjutkan pengajian kemahiran ke peringkat lebih tinggi serta memberikan peluang pekerjaan dalam bidang keusahawanan.

“Generasi muda dan usahawan terutamanya wanita di Malaysia dapat menimba ilmu serta pengalaman yang luas agar dapat meningkatkan daya pemikiran secara kreatif dalam perniagaan konvensional melalui adaptasi teknologi dan digitalisasi pada masa hadapan,” katanya ketika ucapan perasmian program berkenaan di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, kelmarin.

Turut hadir Ketua Pengarah KEMAS Datuk Kamal Idris Mohd Nawawi, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Desa dan Wilayah Abdul Kahar Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Operasi KEMAS Zainuddin Md Juni, Pengarah Bahagian Kemahiran KEMAS Dr. Zainal Abidin Ali, Pengarah KEMAS Negeri Johor Zambri Mohamad, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta tetamu jemputan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda