Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kembara Taranum Akademi Al-Quran Negeri Johor Satukan Penggemar Seni Bacaan Al-Quran

By 15 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Shahrina binti Amran/Akedemi Al Quran Negeri Johor

TANGKAK, 15 Nov (Malaysiaaktif) — Program Kembara Taranum Akademi Al-Quran Negeri Johor Siri Ke-8 yang diadakan di Daerah Tangkak, semalam merupakan salah satu inisiatif unik yang menyatukan penggemar seni bacaan al-Quran.

Program tersebut diadakan dengan kerjasama antara Pejabat Kadi Daerah Tangkak dan Akedemi Al-Quran Negeri Johor serta disertai oleh guru-guru al-Quran Daerah Tangkak dan peserta-peserta tilawah hafazan.

Kadi Daerah Tangkak As Sheikh Tuan Haji Khairudin Salimin, berkata dalam Kursus Pengukuhan Qari dan Qariah ini, peserta diajar teknik-teknik bacaan yang mendalam dan mendapat peluang untuk meningkatkan kefasihan mereka dalam melantunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

“Program ini dibicarakan oleh Penyelia Akademi al-Quran Negeri Johor Ustaz Muhammad Nur Zuhdi bin Mohd Daud dan Peserta Akedemi Al-Quran Negeri Johor Ustaz Mohamad Yusuf bin Kassim dengan topik yang dibicarakan memberi pendedahan tentang bacaan Taranum Rasat.

“Harapan saya dengan ilmu yang telah disampaikan ini dapat memberi pendedahan kepada peserta dan seterusnya dapat memberi manfaat dalam bidang bacaan al-Quran bersama-sama kita menyuburkan kecintaan kepada al-Quran melalui program yang penuh bermakna seperti ini,” katanya.

Turut hadir, Pegawai-Pegawai Agama Negeri Johor, Qari dan Qariah Negeri Johor, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta tetamu jemputan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda