Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

KPDN Labuan Pastikan Peniaga Tidak Manipulasi Harga Ayam

By 3 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/KPDN Labuan

LABUAN, 3 Nov (Malaysiaaktif) – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi memastikan peniaga tidak mengambil keuntungan yang tidak munasabah dan memanipulasi harga ayam di peringkat peruncit serta memastikan peniaga mematuhi perundangan di bawah selian KPDN.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDN Labuan Amiluddin Malang pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di lokasi-lokasi tumpuan orang awam bagi memastikan keberadaan bekalan di pasaran adalah mencukupi, mudah didapati dan dijual pada harga yang berpatutan.

“Penguatkuasaan secara berhemah juga dilaksanakan bagi memberikan pendidikan, nasihat dan amaran kepada peniaga agar sentiasa mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa dan perniagaan yang beretika.

“Hasil pemeriksaan dan pemantauan juga mendapati bekalan ayam adalah mencukupi dan dijual pada harga yang berpatutan serta tidak berlaku pembelian panik,” katanya dalam satu kenyataan rasmi semalam.

Tambahnya, pemantauan turut dilakukan Pegawai Pemantau Harga (PPH) bagi mendapatkan maklumat berkenaan harga jualan ayam dan ianya diteruskan pada setiap hari.

-ZS-

Tinggalkan komen anda