Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Perkhidmatan #STR di LHDN Perlis Mesra dan Cepat

By 3 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 3 Nov (Malaysiaaktif) – Bermula 1 November 2023, permohonan dan semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 (#STR2024) boleh dibuat secara dalam talian atau hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat.

Abdul Rashid Hasan, 59, dari Kampung Behor Gonchar, di sini menyatakan lebih mudah datang membuat kemaskini di Pejabat LHDN negeri Perlis kerana menyediakan perkhidmatan yang mesra dan cepat.

“Saya tak tau online-online (dalam talian) ni, tu yang mai terus ke Pejabat LHDN Perlis untuk membuat kemaskini maklumat bagi #STR2024.

“Perkhidmatan oleh LHDN Perlis sangat cekap dan cepat dalam membantu masyarakat membuat kemaskini,” ujar beliau ketika ditemui selepas selesai membuat kemaskini #STR2024.

Tinjauan oleh krew Malaysia Aktif di Pejabat LHDN Negeri Perlis pada pagi tadi kelihatan hanya ada beberapa orang awam sahaja yang datang untuk mengemaskini maklumat.

LHDN Perlis telah menyediakan ruangan tambahan dengan memasang khemah berhadapan bangunan LHDN dan juga menyediakan penghawa dingin mudah alih bagi keselesaan orang awam.

Jadual pembayaran #STR2024 akan bermula Februari 2024.

-ZS-

Tinggalkan komen anda