Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Nelayan Miliki Rumah Selesa Setelah 20 Tahun

By 3 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nooraini Che Aziz/Amiruddin Adli (Terengganu)

KUALA NERUS, 3 Nov (Malaysiaaktif) – Seorang nelayan akhirnya memiliki rumah yang selesa setelah hampir 20 tahun tinggal di rumah yang uzur dan usang sebelum ini.

“Alhamdulilah saya sangat bersyukur dan gembira kerana terpilih untuk menerima bantuan rumah yang telah dibiayai oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM).

“Ia sangat bermakna kepada saya dan keluarga,” jelas penerima bantuan Rumah Inspirasiku MyHAUS daripada YaPEIM Ha’ameran Md Razali, 45.

Rumah yang berkeluasan 620 kaki persegi berharga RM70,000 dibina dibawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan siap sepenuhnya pada pertengahan September lalu.

ICU JPM dan YaPEIM menjalinkan kerjasama dalam melaksanakan projek penyediaan tempat tinggal yang selesa kepada isi rumah miskin tegar dan miskin sejajar seruan Perdana Menteri yang menekankan agar segala bentuk bantuan kepada golongan terbabit diselaraskan secara berkesan.

“Melalui inisiatif kerjasama ini, sebanyak RM695,000 telah diperuntukkan pada tahun 2023 bagi pelaksanaan 12 projek bina baru dan baik pulih rumah di negeri Terengganu.

“Hampir tujuh buah siap sepenuhnya dan selebihnya dijangka dapat disiapkan sebelum akhir tahun ini,” jelas Ketua Pengarah ICU JPM Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz yang turut hadir menyempurnakan penyerahan Rumah Inspirasiku MyHAUS.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda