Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Lebih 9,000 Sertai LHKSNS 2023

By 21 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (LMS)/Muhammad Ezwandi (Perak)

TAIPING, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Lebih 9,000 peserta menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) edisi ke-11 yang julung kali diadakan di Bandar Warisan Taiping, di sini Ahad lalu setelah sepuluh tahun penganjurannya dilakukan di Kuala Kangsar.

Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) Mohd Nasrul Menhat, berkata penganjuran larian berprestij ini disambut baik masyarakat daerah ini sebagai mengambil semangat ulang tahun Bandar Taiping yang ke-150 pada tahun hadapan.

“Pejabat Daerah dan Tanah LMS selaku urus setia induk bersama pihak penganjur telah mula membuat persiapan sejak Mac tahun ini.

“Susun atur dari segi logistik, aktiviti sampingan dan pelbagai persediaan telah dirangka dengan kerjasama jabatan dan agensi di peringkat daerah,” katanya.

Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan melepaskan para peserta bagi kategori 10 kilometer (km) dan 15 km di Dataran Warisan sebelum berangkat menyertai larian bagi kategori tetamu kenamaan sejauh 3.5 km di sekitar Taman Tasik Taiping.

Pelbagai aktiviti dan demonstrasi ketenteraan memeriahkan lagi acara termasuk persembahan pancaragam dan percikan api oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pertunjukan terjun bebas oleh Pasukan 10 Briged Para serta demonstrasi gerak tempur tanpa senjata.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda