Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorVideo

Little India Klang Tumpuan Beli-Belah Deepavali

By 10 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/video: Juriah Suleiman/Syafiq Saleh (Selangor)

KLANG, 10 Nov (Malaysiaaktif) – Beberapa hari menjelang sambutan Perayaan Deepavali 2023, Little India Jalan Tengku Kelana di sini kembali menjadi tumpuan masyarakat India untuk membeli-belah.

Pelbagai barangan keperluan perayaan boleh didapati dengan harga promosi seperti pakaian tradisi sari, tekstil, barangan kemas, kuih muih, rempah ratus dan lain-lain.

Tinjauan Malaysia Aktif mendapati suasana di ‘Little India’ meriah dengan kesibukan orang ramai yang masih membuat pembelian di saat-saat akhir bagi menyambut hari perayaan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda