Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerakVideo

Solidariti JaPen Perak bersama Palestin

By 10 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/video: Shafiq Rosidi/Redzuan Kassim (Perak)

IPOH, 10 Nov (Malaysiaaktif) – Kakitangan Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Perak bersatu hati menyatakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin di dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Program ini menzahirkan sikap keperihatinan warga JaPen terhadap mangsa peperangan rejim zionis yang telah meragut beribu-ribu nyawa. Kesempatan ini juga, warga JaPen Perak tidak melepaskan peluang menyalurkan sumbangan ke Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin Perkhidmatan Awam.

Solidariti Palestin ini mendapat kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin Negeri Perak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda