Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Masyarakat Perlu Cakna Elak Kes Penderaan Kanak-kanak

By 2 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maziah Ahmad Zaini (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 2 Nov (Malaysiaaktif) – Masyarakat perlu peka dan cakna terhadap hak kanak-kanak di persekitaran mereka bagi memastikan kes penderaan dan pengabaian tidak berlaku.

Menurut Pengetua Sekolah Tunas Bakti Noraswana Selamat, kanak-kanak adalah generasi yang bakal membentuk masa hadapan negara.

“Sebagai individu mahupun secara komuniti, masyarakat perlu bersama-sama cakna terhadap hak kanak-kanak agar tidak terus didera dan terabai.

“Talian kasih 15999 yang boleh diakses orang awam antara usaha bagi menyediakan perkhidmatan bantuan sokongan kepada kanak-kanak dan apa sahaja aduan berkaitan permasalahan yang dialami mereka akan diselesaikan dengan pantas,” ujarnya.

Noraswana, berkata demikian di Program Perkasa Komuniti Negeri Melaka anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah Alor Gajah di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, di sini kelmarin.

Program bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti terhadap penjagaan pemeliharaan kanak-kanak dan menjelaskan kepada komuniti tentang tindakan awal yang perlu diambil dalam menangi isu-isu berkaitan kanak-kanak.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka Datuk Kalsom Noordin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda