Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Penerima Pingat Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Gembira dan Bersyukur

By 2 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusoffirman/Radiah Rahim

TEMERLOH, 2 Nov (Malaysiaaktif) – Penerima Pingat Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang meluahkan rasa gembira dan bersyukur atas penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-64 Sultan Pahang, di sini kelmarin.

Salah seorang daripada 198 Penerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang, Ahli Mahkota Pahang (AMP) Gan Kian Huat, 56, amat gembira dan terharu dengan pengurniaan tersebut.

“Saya menerima watikah darjah kebesaran pada tahun 2013 dan amat bersyukur setelah 10 tahun menunggu untuk dianugerahkan,” katanya.

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian majlis tersebut di Dewan Tun Abdul Razak,

Manakala bagi penerima darjah kebesaran sama Pee Ah Seng, 70, yang berasal dari Johor dan menetap lama di Pahang tidak menyangka mendapat pengurniaan darjah kebesaran daripada Sultan Pahang atas bakti sumbangannya di negeri ini.

Seorang pesara kerajaan Mohamad Alias Ali, 77, berasa bertuah kerana beliau telah dianugerahkan pingat sebanyak dua kali sepanjang perkhidmatannya dalam kerajaan.

“Pada kali ini, saya menerima Darjah Kebesaran Ahli Ahmad Shah (AAP) walaupun telah bersara.

“Saya amat berbangga atas kurniaan pingat ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda