Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MBI Edar 1,000 Kupon Digital kepada Pengunjung Pasar Malam BBS

By 24 November 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 24 Nov (Malaysiaaktif) – Sebanyak 1,000 kupon Digital Rahmah bernilai RM5 diedar kepada pengunjung pasar malam Bandar Baru Selayang (BBS), di sini semalam.

Ketua Tanggungjawab Sosial Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Ahmad Azri Zainal Nor, berkata kupon tersebut sempena Kempen Platform Selangor (PLATS) Masuk Pasar (PMP).

Katanya, kempen berkenaan untuk menggalakkan peniaga mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdaftar dengan PLATS bagi meningkatkan pendapatan mereka.

“Kami akan berkunjung ke pasar malam, pasar tani atau pasar pagi untuk daftarkan peniaga dalam direktori PLATS supaya mereka dapat manfaat daripada kerajaan negeri.

“Antaranya latihan keusahawanan, pembiayaan kecil di samping dapat menyertai program-program kerajaan,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Selangor Anfaal Saari dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Adi Faizal Ahmad Tarmizi.

Mengulas lanjut, Ahmad Azri, berkata ketika ini seramai 20,000 peniaga PMKS telah berdaftar dengan PLATS.

“Kita sasarkan tambahan 10,000 lagi peniaga akan mendaftar pada tahun hadapan,” katanya.

Kerajaan Selangor memperkenalkan PLATS pada tahun 2020 bagi melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor menerusi platform digital susulan penularan wabak COVID-19.

Ia merupakan inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan perusahaan kecil mikro sederhana (PMKS) untuk mengadaptasi digitalisasi dalam perniagaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda