Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

MPPn Kenal Pasti Kawasan Khas Pemasangan CCTV

By 27 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/MPPN

PONTIAN, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti beberapa ‘hotspot’ (kawasan khas) di daerah ini untuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan keselamatan penduduk serta menurunkan kadar jenayah.

Menurut Yang Dipertua MPPn Mohd Ezzuddin Sanusi, langkah ini merupakan untuk mewujudkan bandar selamat yang bukan sahaja menjamin keselamatan penduduk di daerah ini bahkan para pelancong yang berkunjung ke daerah ini.

“Selain itu MPPn juga akan menambah baik laluan-laluan pejalan kaki serta kemudahan-kemudahan yang lain agar selaras dengan garis panduan program bandar selamat,” katanya pada Program Hari Terbuka MPPn, Program Bandar Selamat dan Program Masyarakat Rendah Karbon di Dataran MPPn, di sini pagi tadi.

Program yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Haji Zaina Eran diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti pacu ria, ‘push bike’, ‘street mural’, sukan rakyat, pameran agensi swasta dan kerajaan serta lain-lain lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda